Perjuangan Yang Belum Berakhir

Islam datang dengan kesusahan & kembali dengan kesusahan

Perjuangan Umat Islam Yang Tiada Penghujung

Assalamua'laikum W.B.T

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T kita masih lagi dapat meghirup udara-Nya. Masih mampu melihat & berkata-kata. Tapi adakah nikmat-nikmat ini kita syukuri dengan melaksanakan perintah & meninggalkan larangan-Nya?

 


Nikmat yang Allah S.W.T pinjamkan ini seharusnya digunakan dengan wajar. Ramai yang alpa & leka dengan semua yang dipinjamkan kepada kita.
 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman 55:18)


Oleh kerana sifat alpa manusia, peringatan demi peringatan perlu disampaikan supaya kembali bersyukur pada nikmat-nikmat yang Allah pinjamkan.
 
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr 103:3)


Sebagai umat Islam, nikmat-nikmat yang Allah pinjamkan ini harus digunakan untuk memperjuangkan agama Allah, kerana Dia lah yang menjaga kita dari saat kita dalam rahim ibu hinggalah kita mampu berjalan menikmati nikmat-nikmat Allah yang lain di muka bumi-Nya.

Berjuanglah menyampaikan agama Allah S.W.T demi menegakkan Islam di seluruh dunia dengan menggunakan nikmat-nikmat yang Allah S.W.T pinjamkan kepada kita.

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" (Sabda Nabi S.A.W)

 

Sesungguhnya Islam itu syumul yakni menyeluruh, tidak hanya pada 5 rukun yang menjadi pendokong Islam itu sendiri tetapi lengkap meliputi seluruh kehidupan kita. Walaupun pahit serta sukar menyampaikan Islam & menjadi pejuang Islam, tapi yakinlah dengan janji Allah setiap yang susah pasti ada manis yang menyusul.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Surah Al-Insyirah 94:5)


Berjuanglah demi redho Allah S.W.T & jangan sesekali putus asa pada rahmat-Nya.

Wallahualam bissawab

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Ruangan Iklan Sahabat

a href="http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=kongsi2u" target="_blank">

Sang Setia