Perjuangan Yang Belum Berakhir

Islam datang dengan kesusahan & kembali dengan kesusahan

Firman Allah S.W.T

Kehebatan Madu Lebah Ciptaan Allah S.W.T

Assalamua'laikum W.B.T

Madu lebah pastinya cukup dikenali segenap lapisan masyarakat hampir di seluruh pelusuk dunia kerana kemanisannya yang cukup menambat hati bagi sesiapa sahaja yang merasanya. Selama berkurun lamanya sehinggalah kini, madu lebah masih digunakan secara meluas dalam resepi masakan mahupun minuman kerana mempunyai rasa manis semulajadi yang tersendiri.


Madu lebah bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi turut dijadikan sebagai bahan untuk kecantikan diri. Mungkin ada segelintir masyarakat tidak sedar tentang pelbagai khasiat tersembunyi yang terdapat pada madu lebah memberi banyak manafaat secara perubatan kepada pengamalnya.

Allah S.W.T menjadikan madu lebah dengan 1001 khasiat  untuk dimanafaatkan manusia.

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (Surah Al-Nahl 16:69)



Madu lebah mengandungi fruktosa, pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan fruktosa yang tinggi dalam madu amat baik untuk kesihatan kerana ia tidak meningkatkan kandungan gula dalam tubuh. Selain itu, madu juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting seperti vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, vitamin K, natrium, kalsium, magnesium, tembaga, zat besi serta lysozom yang bersifat antibiotik dan asid amino bebas.

Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah penawar bagi pelbagai jenis penyakit. Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam, 980-1037 Masihi) telah menulis dalam bukunya Qanun-Fit-Tib telah menyebutkan "Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan madu lebah".


Pengambilan madu merupakan salah satu sunnah amalan Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengamalkan meminum madu dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Baginda S.A.W turut menyarankan para sahabat mengambil madu  sebagai ubat sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Kudri : 

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata, “Saudaraku sedang mengalami sakit perut” kemudian Rasulullah S.A.W berkata kepada lelaki tersebut, “Suruh dia minum madu”. Lelaki tersebut kembali kepada Rasulullah S.A.W dan beliau berkata kembali “Suruh dia minum madu”. Lelaki tersebut kembali untuk ketiga kalinya dan Rasulullah tetap berkata “Suruh dia minum madu”. Kemudian lelaki itu kembali dan berkata “Sudah saya lakukan ya Rasulallah”, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda “Allah telah menyampaikan yang benar, tetapi perut saudaramu berbohong, suruh dia minum madu”. Kemudian lelaki itu meminta saudaranya untuk kembali minum madu dan dia sembuh."


Madu lebah turut membawa rahmat Allah S.W.T kepada  penghuni rumah yang ada menyimpannya.



"Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." (Sabda Nabi S.A.W)


Kita sebagai umat Islam, sangat beruntung kerana Allah S.W.T telah memberikan panduan melalui Al-Quran & sunnah Nabi S.A.W dalam menghadapi kehidupan sehari-hari seperti mana pengamalan madu lebah yang amat disarankan Islam. Selain memberi manafaat kepada kesihatan jika diamalkan, secara tidak langsung kita telah menghidupkan salah satu sunnah Rasululah S.A.W dalam kehidupan kita.

Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberi manafaat yang lebih kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Wallahualam bissawab




Hakikat Cinta

Kasih Sayang Allah S.W.T

Assalamua'laikum W.B.T

Kita selalu beranggapan kasih sayang antara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain, tetapi masih tidak dapat menandingi kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Hakikat sebenarnya, Allah S.W.T sangat kasihkan  hamba-Nya, cuma hamba-Nya yang tidak sedar.

 

Sebagai contoh:

"Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa..
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

 

Allah S.W.T tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah S.W.T mendahului dari kemurkaan-Nya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Bagaimana pula kasih sayang hamba-Nya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah S.W.T kepada kita? Sama-samalah kita renungkan dan fikir-fikirkan.






 

 






 


Ruangan Iklan Sahabat

a href="http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=kongsi2u" target="_blank">

Sang Setia