Perjuangan Yang Belum Berakhir

Islam datang dengan kesusahan & kembali dengan kesusahan

Ajaibnya Solat Subuh

Assalamua'laikum W.B.T

Bila disebut tentang solat, pasti ramai umat Islam yang kenal bagaimana perlaksanaan solat itu dari sudut pergerakannya sehinggalah bacaan dalam solat. Tapi berapa ramaikah antara kita yang tahu zat atau kebaikan perlaksanaan solat yang Allah S.W.T telah perintahkan kepada umat Islam.


Solat Subuh misalnya, dilakukan pada waktu pagi memberi manafaat kesihatan pada tubuh badan. Manafaatnya terletak pada waktunya dan gerakan solat Subuh itu. Masih ramai yang meremehkan solat Subuh serta beralasankan waktu yang terlalu pagi, masih mengantuk & keadaan yang sejuk. Jika kita meletakkan pelbagai alasan seperti itu, mengapa Allah perintahkan solat Subuh pada waktu pagi hari yang dingin saat kita masih sayup-sayup mengatuk?


Bukti berikut merupakan kajian yang dibuat melalui analisis perubatan tentang kehebatan solat Subuh.


Serangan jantung mudah berlaku pada waktu sekitar pukul 6 pagi sehingga 12 tengahari. Pada waktu-waktu tersebut, berlakunya peningkatan tegangan saraf simpatis dan penurunan tegangan saraf parasimpatis.

 

Pada waktu sekitar pukul 3 pagi sehingga waktu siang, secara perlahan-lahan dalam tubuh manusia terjadi peningkatan adrenalin menyebabkan tekanan darah meningkat. Selanjutnya terjadi peningkatan aktifitas agregasi tombrosi (sifat saling menempel pada sel tombosit yang mengakibatkan darah membeku) walaupun semasa kita tidur.

Penyempitan pembuluh darah memberi kesan negatif pada tubuh kerana pengaruh kelancaran aliran darah menjadi kurang. Tubuh memerlukan suatu zat yang ada pada sel pembuluh darah untuk melebarkan kembali pembuluh darah. Zat tersebut bernama Nitrik Oksida (NO).

 

Saat kita bangun pada waktu pagi mengerjakan solat Subuh, tubuh akan aktif meningkatkan kadar zat NO dalam tubuh. Gerakan-gerakan yang berlaku pada waktu pagi menghasilkan zat NO dengan kadar yang lebih cepat dan mencegah darah membeku kerana kesan agregasi tombosit berkurang. Setelah solat tentunya kita akan melakukan perkara lain, misalnya mengaji, menyediakan sarapan, senaman & lain-lain.

Mandi sebelum solat Subuh turut menyihatkan lagi tubuh badan kerana tubuh menjadi aktif daripada rasa mengantuk sehingga membentuk kecerdasan akal pemikiran, menyediakan kita untuk menghadap Allah dengan fikiran yang jernih & tenang.

Semoga kita berazam untuk bangun dengan segera keesokan subuhnya dengan mengambil banyak-banyak manafaat kesihatan jasmani dan rohani.

Wallahualam bissawab



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Ruangan Iklan Sahabat

a href="http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=kongsi2u" target="_blank">

Sang Setia